Ulasan JustMarkets: akaun, spread dan kawal selia
Akaun dari USD 10 dan leverage sehingga 1:3000
- JustMarkets tersenarai dalam Senarai Amaran Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 2024 kerana menjalankan aktiviti pasaran modal tanpa lesen.
- Kumpulan ini mempunyai lesen di Seychelles, Cyprus, Afrika Selatan, Mauritius dan BVI, tetapi entiti yang melayani klien Malaysia biasanya entiti luar pesisir. Perlindungan statutori entiti EU tidak terpakai kepada klien Malaysia.
- Leverage sehingga 1:3000 dan promosi boleh meningkatkan risiko kerugian dengan cepat. Jangan deposit wang yang anda tidak mampu hilang.
JustMarkets (dahulunya JustForex) ialah broker pelbagai aset yang ditubuhkan pada 2012 dan berpusat di Seychelles. Ia popular di Malaysia kerana deposit rendah, akaun dalam MYR dan leverage tinggi, tetapi jenama ini tersenarai dalam Senarai Amaran Pelabur SC.
Profil ringkas
JustMarkets mula beroperasi sebagai JustForex pada 2012 dan menggunakan nama JustMarkets sejak 2022. Kumpulan ini melayani trader runcit di Asia, Afrika dan Timur Tengah melalui beberapa entiti berlesen. Untuk pasaran Malaysia, laman Bahasa Melayu dan akaun dalam MYR disediakan, tetapi pendaftaran lazimnya dibuat di bawah entiti luar pesisir yang menawarkan leverage lebih tinggi.
Dari segi instrumen, JustMarkets menawarkan forex, logam, indeks, komoditi, saham CFD dan kripto. Kalau anda baru mula, baca dulu panduan asas dagangan forex kami sebelum memilih akaun.
Akaun: Standard, Pro dan Raw Spread
JustMarkets mempunyai empat jenis akaun: Standard Cent, Standard, Pro dan Raw Spread. Standard Cent menggunakan mata wang USC dan sesuai untuk ujian strategi dengan lot kecil. Standard ialah akaun paling popular untuk pemula, manakala Pro dan Raw Spread ditujukan kepada trader yang lebih aktif.
- Standard: deposit minimum USD 10, spread dari 0.3 pip, tanpa komisen, leverage sehingga 1:3000.
- Pro: deposit sekitar USD 100 hingga 200 bergantung pada halaman semasa, spread dari 0.1 pip, tanpa komisen.
- Raw Spread: deposit sekitar USD 100 hingga 200, spread dari 0.0 pip, komisen sekitar USD 3 se lot sehala.
- Standard Cent: sesuai untuk modal sangat kecil dan ujian strategi; spread lebih lebar berbanding Standard.
Julat deposit Pro dan Raw Spread berbeza antara halaman rasmi dan promosi, jadi sahkan jumlah tepat semasa mendaftar. Akaun demo percuma tersedia untuk semua jenis akaun; cara menggunakannya ada dalam panduan akaun demo kami.
Spread dan kos sebenar
Pada akaun Standard, kos anda hanya spread, sekitar 0.3 pip untuk EUR/USD. Akaun Pro menawarkan spread lebih ketat, sekitar 0.1 pip, juga tanpa komisen. Bagi scalper, Raw Spread memberi spread dari 0.0 pip tetapi mengenakan komisen sekitar USD 3 se lot sehala, bersamaan USD 6 se lot pergi balik.
Jangan bandingkan spread sahaja. Kira kos semua-dalam: spread tambah komisen, tambah swap jika anda pegang posisi semalaman. Panduan lanjut ada dalam panduan spread dan komisen kami.
Platform dan copy trading
JustMarkets menyokong MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, termasuk versi web dan aplikasi mudah alih. Kedua-dua platform menyokong Expert Advisors dan indikator tersuai. Perbezaan platform dibincangkan dalam panduan MT4 dan MT5.
Copy trading tersedia melalui JustMarkets Copy Trading. Sebelum menyalin strategi, semak prestasi, drawdown dan tempoh aktif penyedia; panduan asas ada dalam panduan copy trading kami.
Deposit dan pengeluaran
Deposit minimum Standard ialah USD 10. JustMarkets menyatakan deposit dan pengeluaran diproses serta-merta dari pihak mereka, tanpa caj broker, tetapi penyedia pembayaran atau bank mungkin mengenakan caj sendiri. Kaedah yang tersedia termasuk kad bank, e-dompet, pindahan bank dan kaedah pembayaran tempatan; senarai penuh berubah mengikut negara.
Semak kaedah pengeluaran sebelum deposit. Sesetengah kaedah hanya membenarkan pengeluaran ke sumber deposit asal, dan masa proses bergantung pada penyedia. Panduan semak ada dalam panduan deposit dan pengeluaran kami.
Kawal selia dan entiti
JustMarkets beroperasi melalui beberapa entiti:
- Just Global Markets Ltd — Seychelles FSA, lesen SD088.
- JustMarkets Ltd — CySEC Cyprus, lesen 401/21.
- Just Global Markets (PTY) Ltd — FSCA Afrika Selatan, FSP 51114.
- Just Global Markets (MU) Limited — FSC Mauritius, lesen GB22200881.
- Just Global Markets (VG) Limited — BVI FSC, lesen SIBA/L/24/1177.
Lesen CySEC memberi perlindungan kepada klien EU, termasuk keahlian Investor Compensation Fund (ICF) untuk kes tertentu. Klien Malaysia yang mendaftar melalui laman global tidak menikmati perlindungan ICF atau skim pampasan Malaysia. JustMarkets juga tersenarai dalam Senarai Amaran Pelabur SC sejak 2024, jadi fahami risiko sebelum deposit.
Sokongan pelanggan
Sokongan tersedia 24/7 melalui chat langsung dan e-mel. Laman Bahasa Melayu disediakan, dan pasukan sokongan melayani beberapa bahasa lain. Ketersediaan Bahasa Melayu pada chat langsung boleh berbeza mengikut waktu; sahkan di laman rasmi jika ini penting untuk anda.
Sesuai untuk siapa
- Trader Malaysia yang mahu akaun dalam MYR dan deposit dari USD 10.
- Pengguna MT4/MT5 yang mahu pilihan akaun spread rendah dan komisen tetap.
- Trader yang memerlukan leverage tinggi dan copy trading dalam satu akaun.
Siapa yang patut fikir dua kali
- Mereka yang hanya mahu broker berlesen SC.
- Trader yang memerlukan perlindungan pampasan pelabur Malaysia.
- Pemula yang belum faham risiko leverage 1:3000.
Alternatif lain
Kalau anda mahu entiti berlesen ketat, baca ulasan TMGM yang mempunyai lesen ASIC, atau ulasan Exness untuk pilihan entiti berbeza. Untuk swap-free automatik tanpa permohonan, Octa ialah pilihan lain.